Semua SMS Dengan Pautan URL Dan Maklumat Peribadi Dihalang


Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, sedia melakukan halangan untuk penghantaran pautan antara individu menggunakan SMS sejak tahun lepas. Bergerak ke hadapan, bermula bulan hadapan, semua SMS yang mempunyai kandungan seperti pautan URL, maklumat peribadi dan juga nombor telefon akan dihalang penghantarannya.

Langkah ini telah dikuat-kuasa bermula 1 September 2024 yang lalu. Perkara ini dilakukan dalam terus menambah baik sekuriti dan privasi, sekaligus mengurangkan masalah penipuan melalui SMS.

Halangan ini turut diaplikasi ketika seseorang pengguna sedang dalam mod perayauan di luar negara.

Sebagai alternatif, beberapa syarikat telekomunikasi mencadangkan pengguna menggunaka aplikasi permesejan lain untuk tujuan berkongsi pautan atau sesuatu maklumat bersama keluarga atau rakan terdekat.

0/komen