
WF-C510 dilancarkan sebagai TWS mampu milik yang kecil tetapi padat dengan banyak ciri sama dengan TWS mercu mereka.
Rekaan fon telinga WF-C510 sesuai untuk semua telinga manusia dan memfokuskan kepada penggunaan yang ketat dan stabil di dalam telinga. Kemasan permukaan adalah kusam dengan pad sesentuh lebih lebar agar ia lebih mudah dikawal. TWS baharu ini menggunakan pemandu audio 6mm, menyokong DSEE, sambungan Multipoint, perlindungan IPX4 dan sambungan Bluetooth 5.3.



Bateri boleh bertahan sehingga 11 jam dengan pengecasan penuh mengambil masa 1.5 jam. Codec utama adalah SBC dan AAC, kemudian Sony turut menyertakan ciri mod tembus bunyi untuk tidak leka apabila menggunakan TWS ini. Melalui aplikasi Sony Headphones, pengguna turut dibenarkan bermain dengan penyama untuk mencipta profil audio tersendiri.

Di Malaysia, Sony WF-C510 dijual dengan harga RM299. Terdapat empat pilihan warna iaitu kuning, biru, putih dan hitam
Catat Ulasan