Storan SSD Dan Hab Aksesori Kamera Untuk Peranti Pintar

Lexar telah memperkenalkan dua produk baru melalui laman biayasama Kickstarter.

Produk tersebut ialah Lexar Professional Go Portable SSD with Hub, iaitu sebuah storan SSD yang boleh disambungkan secara terus kepada peranti pintar anda, dan boleh digunakan sebagai storan untuk rakaman video pada peranti Android ataupun Apple iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.



SSD ini hadir dengan pilihan storan sehingga 2TB dan hadir dengan sambungan USB 3.2 gen 2 Type-C, yang menyokong rakaman Apple Pro Res 4K 60FPS. Dengan sambungan ini, hantaran dari storan ke komputer juga dilihat sangat pantas sekali, dimana ia hadir dengan kadar pembacaan dan penulisan data sekitar 1000MB/s.

Bukan itu sahaja, SSD ini juga hadir dengan sokongan untuk hab USB yang membolehkan pengguna untuk memuatkan aksesori-aksesori tambahan seperti mikrofon, lampu dan juga mengecas peranti pintar sekiranya ia memerlukan pengecasan. Sebagai sokongan tambahan, SSD dan hab ini juga hadir dengan pengesahan kalis debu dan air IP65 dan sistem penyulitan AES 256-bit.


Untuk tempoh awal ini, Lexar Professional Go Portable SSD hadir dengan tanda harga USD $129 / RM 544 dengan storan 1TB, manakala SSD bersama-sama hab pula ditawarkan pada harga USD $159 / RM 671. Model 2TB pula ditawarkan pada harga USD $209 / RM 882, manakala harga dengan hab pula ditetapkan pada USD $239 / RM 1009.

0/komen