Menteri Pengangkutan kini mengumumkan syarikat penerbangan akan diwajibkan menawarkan pengguna pilihan untuk bayaran balik sepenuhnya, sekiranya penerbangan mengalami kelewatan atau ditunda selama 5 jam dan lebih – jikalau pengguna memilih untuk membatalkan perjalanan disebabkan kelewatan berkenaan. Perubahan baharu ini akan berkuat-kuasa Isnin depan, 2 September 2024.
Pembayaran kembali ini perlu dilunaskan oleh syarikat penerbangan dalam tempoh 30 hari sekiranya pelanggan memilih untuk tidak meneruskan perjalanan disebabkan kelewatan berkenaan. Syarikat penerbangan juga perlu menawarkan bayaran kembali dalam mod bayaran asal seseorang pelanggan, selain turut boleh menawarkan pilihan dalam kredit atau baucar perjalanan.
Bayaran kembali ini perlu meliputi pelbagai perkara, termasuk surcaj bahan api, cukai, levi pelepasan dan sebagainya.
Perubahan ini adalah sebahagian daripada penambah-baikkan kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC).
Catat Ulasan