Telefon Pintar Dengan Aksesori Modular


Aksesori modular kembali popular  dengan pengenalan CMF Phone 1. Kini HMD Fusion dilancarkan dengan beberapa aksesori modular yang menambah ciri kepada peranti ini.


HMD Fusion dilengkapi skrin 6.56″ IPS LCD HD+ dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 4 Gen 2, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 33W. Storan boleh ditambah sehingga 1TB menggunakan kad mikro SD.


Kamera utama sebesar 108MP dipadankan dengan sensor 2MP pengesan kedalaman sementara di hadapan pula sensor 50MP digunakan pada kamera swafoto. Peranti menggunakan Android 14 dengan sokongan dua versi Android dan tiga tahun tampalan sekuriti.

Aksesori yang ditawarkan ialah panel pengecasan nirwayar, lampu empat segi untuk swafoto atau swavideo, kerangka tubuh bergaya dan kerangka tubuh tahan lasak. Seperti CMF, HMD juga akan menawarkan lukisan CAD supaya pemilik boleh mencetak sendiri aksesori mereka. HMD Fusion dijual pada harga bermula €249 (~RM 1198).

0/komen