Xiaomi Smart Band 9 Di Malaysia


Xiaomi Smart Band 9 dilancarkan secara rasminya di Malaysia seterusnya melengkapkan barisan produk berkenaan. Ia menawarkan rekaan yang sama seperti pendahulunya Xiaomi Smart 8 tetapi diberi beberapa peningkatan ketara pada perkakasan dalaman.


Smart Band 9 menggunakan skrin AMOLED sebesar 1.62″ dengan kadar segar semula 60Hz dan kecerahan puncak 1200nits. Ia juga menawarkan sensor yang mampu menjejak kesihatan pengguna mencapai 16% lebih baik berbanding sebelum ini. Pada masa yang sama, Smart Band 9 turut mampu menentukan waktu tidur yang sesuai bergantung pada umur, keperluan dan gaya hidup pengguna.


Terdapat lebih daripada 150 jenis mod sukan dan kecergasan terbina disediakan seperti larian, berenang, berjalan, berbasikal dan lain-lain. Bateri digunakan pula boleh bertahan hingga 21 hari dan dicas semula secara secara magnetik. Tidak ketinggalan juga, ciri penarafan kalis air IP68 yang membolehkan ia digunakan untuk berenang dengan kedalaman hingga 50 meter.




Smart Band 9 dijual pada harga RM199 dengan pilihan warna biru dan merah jambu. Harga promosi bernilai RM159 turut ditawarkan untuk masa terhad.

0/komen