Xiaomi Sound Outdoor Dan Sound Pocket Di Malaysia


Dua pembesar suara baharu Xiaomi Sound Outdoor dan Sound Pocket diumumkan di Malaysia. Kedua-duanya dilihat sangat mudah alih disebabkan faktir rekabentuknya ringan dan kompak. Sekaligus menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana.



Xiaomi Sound Outdoor ialah sebuah pembesar suara stereo dengan terdapatnya dua radiotor pasif, subwoofer dan tweeter yang terbina yang terbina disebalik kekisi pembesar suara kanvas. Ia juga diperakui kalis air IP67 yang bermakna boleh digunakan dalam pelbagai situasi. Sambungan ke peranti juga boleh dilakukan dengan mudah melalui Bluetooth 5.4. Selain itu boleh dipautkan pada lebih 100-unit pembesar suara yang sama untuk pengalaman bunyi lebih imersif. Bateri digunakan boleh bertahan hingga 12 jam pada tetapan kelantangan audio 50%.




Xiaomi Pocket pula dilihat lebih kecil dan kompak saiznya tetapi langsung tidak menjejaskan kualti bunyi. Ia juga diperakui kalis air IP67 yang menjadikannya sesuai untuk kegunaan luar seperti berkelah misalnya. Bateri disertakan pula boleh berfungsi sekurang-kurangnya 10 jam penggunaan. Bagi yang berminat, Xiaomi Sound Pocket dan Sound Outdoor dijual di Malaysia dengan masing-masing berharga RM69 dan RM189 seunit.

0/komen