Apple telah memperkenalkan Apple Watch Series 10 secara rasminya, sekaligus membawakan perubahan pada rekaan setelah sekian lama. Menjadi fokus utama pada rekaan Apple Watch Series 10 adalah rekaan bingkai lebih nipis berbanding sebelumnya, sekaligus membuatkan paparan bersaiz lebih besar berbanding sebelum ini.
Rekaan ini juga membolehkan pengguna membaca teks sebaris lebih panjang berbanding jam tangan pintar Apple sebelum ini. Selain rekaan bingkai, keseluruhan ketebalan jam tangan pintar ini juga dikurangkan sebanyak 10% berbanding Apple Watch Series 9 sebelum ini.
Selain pada rekabentuk, ia turut membawakan sokongan pengecasan lebih pantas – dimana anda boleh mengecas sehingga 80% dalam masa 30 minit. Ini memudahkan anda mengecas dan menggunakannya serta-merta. Pada pengenalan kali ini juga, Apple turut membawakan rekaan berasaskan Titanium – sekaligus memberikan pengalaman lebih premium.
Menguasakan jam tangan pintar ini adalah cip Apple S10, dan bersama-sama dengan jam tangan pintar ini, Apple turut memperkenalkan ciri mengenal-pasti apnea tidur – gangguan tidur yang membawa kepada pelbagai masalah kesihatan lain. Apple mengatakan sejumlah besar pengguna tidak mengetahui masalah ini, dan melalui Apple Watch, ia memudahkan pengguna mengenal-pastinya dan mengambil langkah mengatasinya dengan lebih baik.
Apple Watch Series 10 turut hadir dengan penawaran speaker baharu, memudahkan anda mendengar podsiar dengan mudah terus melaluinya, mahupun menjawab panggilan. Melengkapkan ia juga adalah pilihan sejumlah muka jam baharu bersama-sama dengannya
Selain kesihatan, jam tangan versi baharu ini juga turut membawakan sejumlah ciri kecergasan baharu, termasuk kebolehan mengetahui suhu air dan juga tahap kedalaman. Apple Watch Series 10 akan ditawarkan bersama-sama watchOS 10, dan akan ditawarkan bermula 20 September 2024 kelak.
Catat Ulasan