Berhati-Hati Dalam Setiap Ucapan


mampu menyatukan atau memecah belahkan, menggembirakan atau menyakiti hati seseorang. Dalam Islam, kita diingatkan betapa pentingnya menjaga tutur kata agar tidak menyakiti orang lain, kerana kata-kata boleh menjadi sebab hati seseorang terluka dan sukar untuk dimaafkan. Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita seringkali terlepas pandang bahawa kata-kata yang dikeluarkan dengan niat yang tidak baik, walaupun kecil, boleh mengundang kesan besar. Bak kata pepatah, "Lidah itu lebih tajam daripada pedang". Lidah memang tidak bertulang, tetapi luka yang ditinggalkannya boleh memakan masa lama untuk sembuh, malah ada yang tidak pernah sembuh.



Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hujurat, ayat 11:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kaum mencemuh kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka (yang dicemuh) lebih baik daripada mereka (yang mencemuh).”

Oleh itu, berhati-hatilah dalam setiap ucapan kita. Jangan sampai lidah kita menjadi penyebab seseorang terpaksa mengadu kepada Allah di atas sejadahnya, memohon keadilan kerana terlukanya hati mereka.

Sebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk sentiasa memohon perlindungan Allah agar dijauhkan daripada berkata-kata buruk yang menyakiti orang lain.

Berdoalah:

اللهم إني أعوذ بك من شر لساني ومن شر قلبي ومن شر نفسي

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan lidahku, daripada kejahatan hatiku, dan daripada kejahatan diriku.”

Semoga setiap kata-kata kita menjadi punca kebaikan, bukan keburukan.

0/komen