Budak Curi Wang Buat Kali Kedua


Perbuatan seorang kanak-kanak lelaki di Indonesia yang mencuri sejumlah wang tunai dari sebuah kedai serbaneka mengundang kecaman orang ramai.

Jenayah itu dirakam menggunakan telefon bimbit milik pekerja kedai serbaneka berkenaan  sebelum disebarkan di media sosial. 

Menerusi video ini memaparkan budak itu masuk ke dalam kedai dan berpura-pura melihat barang. 



Dia kemudian bergegas mendekati meja kaunter dan mengambil sejumlah wang tunai yang disorokkan di dalam laci. 

Wang yang dicuri pula mencecah jutaan rupiah.

Seorang kakitangan kedai berkata, premis tersebut pernah kehilangan wang tunai berjumlah 3.7 juta rupiah (RM1,029). 

“Saya sengaja meletakkan telefon bimbit untuk menangkap pelaku kerana sistem televisyen litar tertutup (CCTV) rosak,” tambahnya.

Kecil-kecil dah pandai mencuri.

0/komen