Seorang kanak-kanak lelaki di Madiun, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian pengguna media sosial kerana memiliki sepasang mata berwarna biru.
Fernando Pramata, 10, dikurniakan warna mata yang unik sejak lahir meskipun warna mata ibu bapanya hitam seperti kebanyakan bangsa Asia Tenggara lain.
Menurut ibu bapa Fernand, mereka bimbang apabila melihat perbezaan yang dialami anaknya.
“Kami bimbang tetapi selepas berjumpa dengan doktor, kedua-dua matanya ternyata sihat,” kata mereka.
Menerusi rakaman ini menunjukkan keistimewaan pada mata Fernando.
Kelebihannya membuatkan orang ramai terpesona sehingga dia disamakan dengan karakter Gojo Saturo dalam siri anime populer, Jujutsu Kaisen.
Rupa-rupanya Gojo Satoru orang Jawa....🤣🤣🤣🤣🤣
Catat Ulasan