Apple 18 Pro ialah cip paling berkuasa antara kedua-dua model dengan ia hanya digunakan oleh iPhone 16 Pro dan 16 Pro Max. Ia mengekalkan penggunaan teknologi 3nm dan juga dilengkapi 6 teras CPU – 2 teras prestasi dan 4 teras cekap menggunakan kuasa. Menurut Apple, A18 Pro dilengkapi CPU paling berkuasa pada pemproses telefon pintar dengan peningkatan 15% pada CPU tetapi 20% lebih cekap dalam penggunaan kuasa berbanding A17 Pro tahun lalu.
GPU masih lagi enam teras dengan kemampuan menjalankan permainan tahap konsol terus pada peranti. Kuasa memproses ray-tracing meningkat sehingga 20%. Akhir sekali NPU 16 teras yang disertakan pula mempunyai kemampuan pemprosesan kecerdasan buatan sehingga dua kali ganda lebih cekap berbanding NPU tahun lalu. Dengan kuasa yang tinggi terdapat sokongan tambahan seperti paparan ProMotion, AOD, sokongan USB 3 dan juga rakaman video ProRes video
Apple 18 ialah cip yang hanya digunakan oleh iPhone 16 dan 16 Plus. Ia juga menggunakan teknologi 3nm dan juga dilengkapi 6 teras CPU – 2 teras prestasi dan 4 teras cekap menggunakan kuasa. Menurut Apple, A18 dilengkapi CPU 30% pada CPU tetapi 30% lebih cekap dalam penggunaan kuasa berbanding A16 Bionic.
GPU pula hanya lima teras dengan peningkatan sehingga 40% tetapi 35% lebih cekap dalam penggunaan kuasa berbanding 16 Bionic. Akhir sekali NPU yang disertakan pula adalah sama seperti A18 Pro. Yang membezakan antara kedua-dua cip ialah A18 tidak boleh melakukan rakaman ProRes dan tidak menyokong paparan ProMotion.
Catat Ulasan