Di Denda Takutkan Anjing


Seorang penghantar makanan di wilayah Nonthaburi, Thailand ditahan kerana melepaskan tembakan ke arah empat buah rumah disebabkan takut diserang anjing.

Chaiyanarin, 34, pada 17 November lalu menghantar pesanan makanan di sebuah kawasan kejiranan.

Ketika melalui sebuah lorong di kawasan perumahan itu, beberapa ekor anjing menyalak ke arahnya.

Disebabkan berasa terancam dan takut diserang, Chaiyanarin menggunakan pistol yang dibawanya bersama serta melepaskan beberapa das tembakan.

“Saya baru membeli pistol ini minggu lalu untuk dijadikan perlindungan ketika menghantar makanan kerana pernah digigit anjing sebelum ini."

“Namun, saya tidak menyangka ia akan menjadi isu besar. Saya memohon maaf kepada semua penduduk di lorong tersebut. Saya tidak berniat untuk menakutkan sesiapa pun,” katanya.

Chaiyanarin didakwa atas tuduhan membuat bising atau kekecohan yang boleh menyebabkan kebimbangan atau masalah orang ramai.

Dia didenda sebanyak 1,000 baht (RM130) atas kesalahan itu.
 

0/komen