
DJI Neo telah dilancarkan pada harga mampu milik RM869 sahaja sebuah. Ini berbeza dengan dron mereka sebelum ini yang dijual pada harga ribuan ringgit.
DJI Neo ialah dron mini yang hanya seberat 139 gram dan direka untuk dilancarkan daripada telapak tangan. Ia dari jenis kuad kipas dengan ia mempunyai penutup yang mengelakkan tangan tercedera tersentuh kipas. Sistem kamera terdiri daripada sensor sebesar 1/2 inci yang merakan gambar pada resolusi 12MP dan video pula pada tetapan 4K 30FPS.

Kerana ia kecil ia boleh dikawal terus menerusi telefon pintar tanpa alat kawalan fizikal biasa. Disamping itu ia masih mempunyai mod mengikut perjalanan pengguna, terbang mengelilingi dan mod vlog. Jika pengguna memiliki DJI Mic, audio boleh dirakam terus dari mikrofon ke klip video Neo secara automatik.
Dron boleh terbang selama 18 minit dengan sekali caj, terbang sehingga ketinggian 2000 meter dan dikawal sehingga 5km daripada operator. Di Malaysia DJI Neo dijual pada harga RM869 untuk dron sahaja dan RM1529 untuk Fly More Combo yang menyertakan alat kawalan fizikal, 3 bateri tambahan, dermaga pengecasan bateri, dua kipas gantian, kabel data dan pelindung gimbal.
Catat Ulasan