Jangan pernah ragu dengan pemberian Allah, kerana rezeki-Nya tiada penghujung, ibarat lautan yang tidak pernah kering. Ketika hati mengadu lelah dan jiwa hampir menyerah, ingatlah bahawa setiap doa yang disulam dengan ikhlas, pasti akan bertemu takdirnya. Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui
Tiap langkah yang kita ambil, tiap hela nafas yang kita hela, adalah sebahagian dari rencana-Nya yang sempurna. Maka, berserahlah dan teruslah berharap. Rezeki bukan sekadar wang, tapi juga ketenangan, kasih sayang, dan ilham yang memekar dalam jiwa. Bersyukurlah walaupun kecil, kerana dari kecil itulah akan hadir yang lebih besar dari yang pernah kita bayangkan. Ameen ya Rabb.
Catat Ulasan