Perbuatan seorang guru sekolah rendah di Cianjur, wilayah Jawa Barat yang mencukur rambut anak muridnya sehingga botak akibat masalah kutu mengundang kecaman orang ramai.
Menerusi rakaman video ini, murid itu menangis teresak-esak di hadapan ibu bapanya ketika pulang dari sekolah.
Dia mengadu bahawa rambutnya dicukur oleh guru tersebut demi menghilangkan kutu.
Lebih menyedihkan, murid perempuan itu terpaksa menutup kepalanya dengan sehelai kain kerana malu.
Menurut ibu bapa murid berkenaan, perbuatan itu dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka.
Seharusnya meminta kebenaran ibu bapa, jangan ambil tindakan sendiri!.
Jangan samakan zaman sekarang dengan dahulu! Zaman sekarang semakin canggih! Banyak produk menghilangkan kutu ada dijual di pasaran!.
Catat Ulasan