Guru ‘Video Call’ Polis


Perbuatan seorang guru di Indonesia yang membuat panggilan video kepada polis untuk menyelesaikan pergaduhan antara anak muridnya mengundang pujian orang ramai.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah rendah di Simalungun, wilayah Jawa Barat. 

Menerusi rakaman video ini, dua murid dilihat menangis teresak-esak ketika disoal siasat oleh pegawai polis wanita menerusi panggilan video. 


Mereka juga menjerit ketakutan ketika diugut untuk masuk ke penjara jika berkelakuan tidak baik. 

Guru tersebut nekad membuat panggilan polis gara-gara takut disaman oleh keluarga. 

“Daripada saya dilaporkan kepada polis, sebaiknya saya yang membuat laporan,” kata guru berkenaan. 

Jika ibu bapa tidak boleh menerima anaknya dihukum, jangan masukkan ke sekolah! Belajar di rumah sahaja!.


 

0/komen