Gurun Bertukar Hamparan Putih


Sebuah padang pasir bertukar putih di tengah-tengah laporan bahawa salji turun di sana buat kali pertama dalam kejadian di sebuah wilayah Arab Saudi.

Pelbagai sumber melaporkan bahawa salji turun di wilayah Al-Jawf.

Bagaimanapun, pada Jumaat lalu, agensi berita Arab Saudi melaporkan, fenomena itu berpunca daripada hujan batu. 

Wilayah Al-Jouf diselubungi hamparan putih akibat hujan batu dan hujan lebat di bahagian utara Kota Sakaka serta Dumat al-Jandal. 

Hujan lebat  disertai hujan batu melanda banyak kawasan di Al-Jouf sejak Rabu  (minggu lalu),  menenggelamkan tanah dengan air dan menyebabkan sungai mengalir, menandakan ketibaan musim bunga.

Wilayah Al-Jouf terkenal dengan bunga liar bermusim pada musim bunga.

0/komen