Hantu Ikut Mengaji Dan Arwah Budak Mati Dilanggar



Kak Intan, kakak ipar aku. Parents beliau tinggal di Ijok. Weekend sudah jadi kemestian dia balik menjenguk kedua orang tua.

Tapi ada ceritanya. Jiran sebelah rumah kak intan dikabarkan diganggu mahkluk halus. Halus yang bagaimana tidaklah pula aku boleh pastikan.

Aina jiran parents Kak Zai dah lama diganggu. Jangan kata sedang duduk sesaja. Aina tengah solat pun dia duduk di sebelah acu mengganggu.

Kemuncak gangguan di rumah Aina adalah apabila mana Aina mengaji, "benda" ikut sama mengaji siap mengilai lagi dalam rumah.

Dan seperti diberitahu Aina, hantu tu mengaji lebih betul tajwidnya, lebih sedap tarannumnya sambil gelakkan Aina yang ketakutan.

Nak dijadikan cerita minggu sebelumnya ada anak jiran mereka terbunuh dilanggar kereta semasa nak melintas jalan besar ljok tu.

Mengikut kata Aina, arwah ni memang nakal, biasalah budak-budak. Ada sorang pak cik ni kerja bawa lori selalu sergah dia masa balik kerja.

Seminggu lepas budak itu meninggal dilanggar, pakcik tu balik kerja tengah malam. Siapa yang pernah pergi ljok, ada satu kawasan taman yang ada kubur.

Laluan tersebut laluan kebiasaan pak cik itu balik. Sampai di satu jalan, jalan itu kebiasaan arwah bermain dan disergah pakcik bawa lori.

Pak cik itu telan air liur bila dia nampak dengan jelas seorang budak berkain kapan dengan muka berdarah dan sayu meminta tolong dengan beliau.

"Acikkkk.. Tolong saya acikkk... Sakitttt.. Huuuuuuuu..... Saaakitt..." Pakcik bawa lori hanya mampu terlopong melihat arwah sebegitu rupa.

"Acikkkkkk.... Tolongggglah... Saakitnya tak tahan...Huuuuuhuuuuuuu...." Pak cik bawa lori tidak endahkan gangguan terus balik rumah.

Keesokannya dia bercerita pada bapa Kak Intan. Pakcik Kamal nasihatkan beliau sedekahkanlah ayat-ayat suci al-Quran buat arwah agar dia tenteram.

Aina jiran Kak Intan pula masih berterusan diganggu hantu wanita yang selamba ikut dia mengaji.

Dan anda harus tahu, khabarnya Aina masih ditemani hantu perempuan tadi tiap kali dia di rumah mengaji. Tak tahu apa puncanya.

so

0/komen