Selepas meninggalkan Apple, Sir Jony Ive mengasaskan syarikat rekaan LoveFrom yang kemudiannya bekerjasama dengan Ferrari, Airbnb dan juga syarikat alat muzik Linn. Terkini LoveFrom melakukan kerjasama dengan jenama fesyen mewah Moncler pula untuk menghasilkan jaket 4-dalam-1 dengan sistem butang bermagnet seakan MagSafe.
Jaket ini mempunyai baju dalam tanpa lengan yang diberi nama Moncore. Kemudian terdapat tiga aksesori tambahan yang mengubahnya menjadi ponco, parka dan jaket. Ketiga-tiga aksesori ini bersambung kepada Moncore menggunakan butang bermagnet berbentuk bulat. Butang Duo Button ini terdiri daripada satu butang bermagnet berbentuk bulat pada Moncore dan satu lagi butang berbentuk gegelung pada ketiga-tiga aksesori.
Duo Button
Apabila kedua-dua butang dipadankan, ia akan melekat dengan ketat supaya ia kekal pada tempat yang sepatutnya. Ia juga masih membenarkan pemilik untuk menukar lapisan luaran dengan pantas seperti sebuah aksesori modular.
Moncler dan Jony Ive mengambil masa empat tahun untuk menghasilkan Duo Button. Jaket akan mula dijual bermula 24 September yang lalu tetapi harga masih belum diumumkan.
Catat Ulasan