Lelaki Tua Di Bawah Tangga



"Cucu..tolong buka cu..cabut benda ni cu.."  Lelaki tua itu mengensot mendekati saya sambil menghulur kedua tangannya yang terikat rantai dengan kaki. Begitulah setiap kali saya pergi ke rumah yang kami gelar mak tua merangkap ibu saudara kepada nenek saya.

Setiap kali ibu saya mengajak bertandang ke rumah mak tua saya pasti menolak. Setiap kali menolak pasti saya di marahi. Saya sangat gelisah dan takut menghampiri rumah mak tua. Setiap kali saya menghampiri rumah mak tua seorang lelaki tua terpasung kaki tangan di bawah kolong rumah mak tua cepat2 mengensot menuju ke bawah tangga menghulur tangan kepada saya untuk mencabut pin tembaga sebagai lock pengikat rantai di tangannya.

Saya sentiasa melekat dengan ibu saya sambil merapatkan muka saya ke badan ibu sebab takut dengan lelaki tua itu. Saya sangat benci bila ibu berlama2 sangat menaiki tangga kerana ibu sambil memijak tangga matanya juga meninjau2 pokok bunga yang bergantungan di kaki lima rumah mak tua. Hal itu mengambil kesempatan kepada lelaki tua di bawah tangga menyentuh kaki saya sambil merayu. Kadang2 saya dengan adik2 pergi memetik buah buahan di sekitar rumah mak tua saya akan curi2 pandang ke bawah kolong rumah. Lelaki tua itu dari jauh memerhati saya sambil mengangkat kedua tangan memperlihat kan kepada saya.

Siapa pun tidak faham kegelisahan saya setiap kali menghampiri rumah mak tua. Saya hairan kenapa orang lain buat selamba saja bila menghampiri rumah mak tua. Mereka tidak kisah pun dan tidak hirau tentang lelaki tua di bawah kolong rumah mak tua.

 Suatu hari saya nekad untuk mencabut benda panjang sejengkal seperti paku terpasang pada rantai yang mengikat tangan lelaki tua itu. Sebaik saja benda itu tercabut lelaki tua itu ketawa nyaring membingitkan gegendang telinga saya,tubuhnya beransur2 menghilang menjadi asap tipis  lalu hilang bagai di puput angin bersama tawa nyaring yang semakin menghilang lalu senyap. 

"Makk!! Saya tarik tangan ibu saya tunjuk ke bawah kolong, "Orang tua itu sudah hilang".. !! "Mana ada orang tua situ "!! Mak saya menjengilkan  mata melihat saya. Saya terpinga-pinga kebingungan.

Kini setelah dewasa baru saya faham mungkin orang tua itu adalah jin yang di pasung oleh seorang tokoh yang ahli suatu ketika dulu. Wallahualam..

SEKIAN
 

0/komen