Lubuk Emas Bernilai Lebih RM371 Bilion


Deposit emas dengan anggaran rizab lebih 1,000 tan bernilai lebih AS$83 bilion (RM371 bilion) ditemui di selatan China.

Menurut Biro Geologi Hunan, ahli-ahli geologi mencungkil lebih 40 serpihan emas pada kedalaman 2,000 meter di bawah permukaan lombong emas Wangu di daerah Pingjiang.

Pada kedalaman 3,000 meter, lokasi itu dianggarkan menyimpan lebih 1,000 tan emas.

“Banyak teras batu yang digerudi menunjukkan terdapat emas,” kata pakar mencari bijih biro berkenaan, Chen Rulin.

Dia berkata, satu tan bijih dalam jarak 2,000 meter mengandungi sehingga 138 gram emas.

Laporan itu juga memetik naib ketua biro Hujan, Liu Yongjun sebagai berkata, ahli-ahli geologi menggunakan teknologi pencarian bijih moden  termasuk pemodelan geologi 3D.

Penemuan terbaharu itu berlaku ketika harga emas meningkat kepada paras tertinggi di tengah-tengah ketidaktentuan global, sedangkan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) pula menjadi semakin lemah.

China ialah pengeluar emas terkemuka dunia, menyumbang kira-kira 10 peratus daripada pengeluaran global pada 2023, demikian menurut data Majlis Emas Dunia. 
 

0/komen