Tular video pergaduhan dua penyokong pasukan bola sepak tempatan dan aksi salah seorang yang jatuh tersungkur sebelum bertumbuk telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video ini kelihatan aksi kejar mengejar sekumpulan lelaki dan kemudian membelasah pihak lawan di hadapan kedai makan.
Namun, disebalik kekalutan pergaduhan itu, kelihatan seorang lelaki yang berlari pantas dan tersungkur di depan kedai makan mencuri perhatian pengguna sosial.
Sakit tu jatuh macam tu atas tar lagi. Tapi sakit tu boleh baik, malu jatuh tu sampai bila-bila tak hilang.
Di samping itu, ramai juga yang mengutuk pergaduhan tersebut hanya semata-mata kerana perlawanan bola.
Tak boleh ke tengok bola dan berseronok? Nak berlari bawa perut sendiri pun dah macam busung ada hati nak bergaduh.
Tak matang bergaduh sebab bola.Jangan buat macam ni dik. ‘Enjoy’ sukan sama-sama lagi meriah.
Catat Ulasan