Bila tiba musim mengerjakan sawah datuk Dan nenek lebih memilih untuk tinggal sementara di pondok sawah sehingga selesai menuai padi. Kami adik beradik pun turut serta sebab rasa seronok dapat menangkap ikan keli Dan haruan di selut. Selain kami ada juga penduduk kampung yang lain tinggal sementara di pondok sawah.
Di singkatkan cerita terjadi lah kematian salah seorang penduduk kampung yang memang tinggal menetap di pinggir sawah tidak jauh dari pondok kami. Arwah seorang lelaki berumur lingkungan 70 tahun namun semasa hidupnya beliau masih cergas Dan sihat bekerja. Dia tinggal seorang diri di pondok itu. Keluarganya ada tapi menetap di kampung lain. Sebetulnya si mati berasal dari kampung sebelah tapi berhijrah ke kampung kami. Kalau lah tidak kerana saya menjengah arwah ke pondoknya pada sebelah petang tentu kami pun tidak tahu kalau arwah sudah meninggal.
Dengan tenang datuk mengurus jenazah, membaringkan dengan betul, mengkafankan dengan kain yang ada di pondok milik arwah. Datuk memesan kepada saya Dan adik untuk menjaga jenazah sementara datuk pergi ke perkampungan memberitahu orang kampung. Hendak di suruh kami beradik memberitahu orang kampung bimbang pula datuk kerana hari sudah malam, jarak pun jauh. Laluan pun cuma bekas2 laluan kerbau sahaja. Terpaksa datuk saja lah yang pergi memberitahu orang kampung.
Saya dengan adik bersandar di dinding sambil bersila berteman pelita yang cukup2 menerangi ruang pondok milik arwah. Jenazah terbujur kaku di hadapan kami dengan di tutup selimut berwarna warni sebagai kapan. Tiba2 selimut yang mengkafani jenazah terjungkit sedikit di kawasan pusat. Kebetulan memang pun kedudukan tangan jenazah di tekap kemas kedua2 belah menutupi pusat. Saya antara pasti tak pasti dengan apa yang saya lihat. Saya perhati betul2 adakah pergerakan itu dari jenazah yang terbujur namun tiada juga sebarang pergerakan. Bila agak lalai sedikit Tiba2 terjadi lagi pergerakan. Selimut itu terjungkit ke atas seolah di bawah selimut itu ada jari yang bergerak menunjuk ke atas.
Tidak cukup dengan itu kain selimut yang menutup bahagian muka juga bergerak sedikit seolah terkena hembusan nafas di hidung atau mulut. Tidak lama kemudian jari2 kaki juga bergerak membuat selimut itu tertarik sedikit demi sedikit membuat bahagian muka jenazah terdedah. Ketika itu lah mata jenazah terbuka Dan dengan bantuan cahaya pelita yang suram kami melihat jelas biji mata jenazah seperti mata ikan. Kami sangat ketakutan sehingga kami masuk ke dalam bekas tempat menyimpan padi (di buat dari kulit kayu bentuk kiub yang besar). Dari dalam bekas itu kami curi2 mengintai bagai mana keadaan jenazah itu. Kepalanya sudah mulai bergerak ke kiri ke kanan, jari2 tangan di kembang2 kan membuat selimut yang menutupi badan seperti jala yang di langgar ikan.
Rasanya Ingin saja kami terjun ke tanah melarikan diri namun kami tidak berani berbuat demikian kerana jenazah terbujur di tepi dekat pintu keluar. Kami bayang kan kalau kami kebetulan dekat pintu keluar setentang dengan jenazah ia akan bingkas bangun menyambar kaki. Ketika bersembunyi dalam kepuk tempat menyimpan padi kami mengintai jenazah melalui lubang kecil. Kepalanya melingas lingas ke kiri kanan dengan perlahan2. Ketika kepala nya menoleh sebelah kiri arah tempat persembunyian kami matanya segera merenung kami walaupun kami cuma mengintai melalui lubang kecil. Ketika lutut nya sudah mulai berdiri masa itu lah datuk Dan beberapa penduduk kampung sampai.
Mujur lah datuk dengan beberapa orang lain berpengalaman menangani hal2 sedemikian. Seingat saya mereka mengambil serbuk karbaid lalu menabur di bawah kolong yang setentang dengan jenazah melalui celah lantai bambu Dan menabur sedikit ke dalam mulut jenazah bercampur air. Bila saja selesai berbuat demikian kedengaran lah bunyi deruan yang kuat dari bawah kolong rumah laksana sekumpulan kerbau berlari kencang merentas belukar. Keadaan pun kembali normal seperti biasa. Seingat saya itu adalah kejadian kali kedua yang berlaku di kampung kami.
SEKIAN
Catat Ulasan