Media Sosial: Medan Umpatan Atau Ladang Pahala?


Dalam dunia serba moden hari ini, media sosial telah menjadi platform utama untuk berhubung dan berkomunikasi. Namun begitu, semakin ramai yang menggunakan ruang ini untuk perkara yang kurang bermanfaat seperti mengumpat, membuat tuduhan melulu, dan bersangka-sangka buruk terhadap orang lain. Tanpa disedari, ia telah menjadi medan untuk dosa tersembunyi yang merosakkan jiwa.

Allah SWT telah memperingatkan kita dalam Surah Al-Hujurat, ayat 12: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain...”. Ayat ini menegaskan bahawa mengumpat dan berprasangka buruk adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam kerana ia boleh mencetuskan fitnah dan kerosakan dalam masyarakat.


Selain itu, Rasulullah SAW bersabda dalam hadis sahih: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Pesanan ini sangat relevan dalam konteks penggunaan media sosial hari ini. Setiap perkataan yang kita tulis harus difikirkan dengan teliti, adakah ia membawa manfaat atau sekadar memuaskan hawa nafsu?

Sebagai umat Islam, kita harus menggunakan media sosial sebagai ladang pahala, bukan sebagai medan dosa. Setiap tulisan dan komen sepatutnya memberi inspirasi, motivasi, dan membawa kebaikan kepada orang lain.

Berdoalah kepada Allah agar kita sentiasa dilindungi daripada perkataan yang sia-sia.

Doa: 


Terjemahan: "Ya Allah, peliharalah aku dari segala keburukan, ilhamkanlah aku sifat bersangka baik, dan jadikanlah aku di kalangan orang yang menjaga lisannya."

Semoga kita semua sentiasa diberkati dalam setiap langkah dan tutur kata, baik di dunia nyata mahupun di alam maya.

0/komen