Pandu Pacuan 4 Roda Ke Gunung Everest


Sekumpulan warga Singapura berjaya mengembara ke Gunung Everest di sebelah Tibet dari Singapura dengan memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Perjalanan itu didokumentasikan di laman sosial oleh rakyat Singapura bernama Jeremy See. Jeremy yang merupakan  seorang pengembara, pernah memandu dari London ke Singapura bersama isterinya.

Perjalanan penuh cabaran tersebut bermula pada 28 September lalu dan berakhir 20 Oktober lepas. Dia memandu kenderaan tersebut merentasi Singapura, Malaysia, Thailand, Laos dan China.

Perjalanan mereka berakhir mereka di Tibet pada ketinggian 8,846 meter.

Jeremy menjelaskan bahawa kumpulan itu tidak dapat membawa kenderaan mereka naik ke kem utama di Gunung Everest iaitu Base Camp.

Ini kerana kenderaan sedemikian tidak lagi dibenarkan memasuki Base Camp.
 

0/komen