Pekerja Kilang Sawit


Yonko bukan nama sebenar. Hampir ke 5 tahun bekerja di kilang sawit di bahagian operasi. Berstatus bujang. Pengalaman seram beliau bermula ketika saudara-maranya mengadakan majlis kahwin.

Setelah mendapat kebenaran bercuti pada hari Sabtu, pagi tersebut yonko telah bersiap-siap untuk ke rumah saudara yang mengadakan majlis kahwin. Dalam 5 jam kemudian Yonko telah tiba. 

Kelihatan saudara-mara yang lain pun telah tiba. Setelah bersalam-salaman dengan saudar-mara Yonko minta izin untuk berehat sekejap sebab keletihan memandu 5 jam tadi. 

Dia pun mencari mana bilik yang kosong untuk berehat sebentar. Akhir dia menjumpai bilik yang paling hujung. Biliknya agak gelap sedikit. Tapi memikirkn badan yang keletihan Yonko dh tidak peduli. 

Dia melihat jam di tangan 11.30 malam. Dia pun kunci lonceng jam pada pukul 12.30 pagi untuk bangun menolong saudara-maranya. 

Setelah dalam beberapa minit dia tidur. Bunyi riuh rendah menggangu tidurnya. Lalu dia bangun pergi ke pintu untuk mencari bunyi apekah yang riuh sangat itu.

Setelah dia membuka pintu pelahan-lahan sambil melihat keluar. Tiba-tiba peluh jantan nya keluar di dahi. Terus dia cuba menutup pintu tadi kembali. Tapi dia tidak berdaya kerana tangannya terketar-ketar.

Dia cuba menutup pintu pelahan-lahan supaya yang di luar sana tidak menyedari beliau. Selepas menutup pintu tersebut Yonko terus berlari ke tempat tidur kembali dan tidak menghiraukan bunyi riuh rendah tersebut. 

Dalam hati Yonko berkata "ni kalau aku keluar ni memang makcik-makcik puaka, makcik bawang makcik petir segala makcik akan soal siasat aku nnti" maka Yonko berdiam diri dari kluar hingga ke pagi. 

Memang satu suasana yang sangat seram bagi Yonko klau dia keluar waktu itu. 

Itu lah Pengalaman seram Yonko ketika majlis kahwin. 

 

0/komen