Penduduk Sambut Halloween


Polis menghalang dan menangkap orang ramai yang meraikan sambutan masyarakat Barat, Halloween di Shanghai, China.

Saksi-saksi berkata, mereka melihat polis menyuraikan orang ramai yang bergembira dan memakai pelbagai kostum menyeramkan di jalan-jalan di Shanghai.

Mengikut tradisi Barat, roh manusia yang telah mati akan kembali ke rumah masing-masing semasa hari Halloween.

Beberapa pengunjung parti itu berkata, mereka terpaksa menanggalkan mekap di balai polis.

Pada Sabtu lalu, polis dilihat menyuraikan orang ramai dari Taman Zhongshan di Shanghai.

“Kami diberitahu semua orang yang keluar dari pintu taman itu tidak boleh memakai kostum (bagi meraikan Halloween).” kata seorang penduduk.
 

0/komen