Pengganas Zionis buat pertama kalinya mengesahkan bahawa ia adalah dalang bagi insiden letupan ratusan alat kelui yang digunakan oleh anggota Hezbollah di Lebanon pada September lalu.
Media Israel semalam melaporkan bahawa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkata kepada kabinetnya : “Operasi alat kelui dan pembunuhan (pemimpin Hezbollah) Hassan Nasrallah telah dilancarkan walaupun mendapat tentangan daripada pegawai kanan dalam pertubuhan keselamatan dan pegawai politik yang bertanggungjawab ke atas mereka.”
Keputusan Tel Aviv untuk memberi taklimat kepada media Israel mengenai kenyataan Netanyahu itu dilihat sebagai satu lagi babak dalam muslihat politik domestik yang telah menguasai Rejim Pengganas Zionis dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Media Israel mentafsirkan ungkapan itu sebagai kritikan tersirat terhadap kepimpinan tentera Israel dan penubuhan perisikan, serta kritikan ke atas Menteri Pertahanan ketika itu, Yoav Gallant, yang dipecat Netanyahu pada Selasa lalu.
Israel menghadapi pelbagai siasatan jenayah termasuk berhubung dakwaan membocorkan laporan risikan yang dipalsukan kepada media antarabangsa.
Pada 17 September lalu, beribu-ribu letupan berlaku di sekitar Lebanon yang menyasarkan alat kelui milik anggota Hezbollah.
Letupan itu membunuh sekurang-kurangnya 37 orang termasuk sebilangan kanak-kanak dan mencederakan hampir 3,000 mangsa dengan kebanyakannya orang awam.
Catat Ulasan