Pentas nyanyian sebuah majlis perkahwinan didirikan berhadapan dengan sebuah kawasan perkuburan.
Berdasarkan video ini, kelihatan seorang wanita sedang menyanyi di atas pentas yang menghadap ke arah jalan raya.
Di seberang jalan terdapat sebuah kawasan perkuburan.
Menurut salah seorang ahli kumpulan muzik yang dijemput ke majlis itu, Iwan, acara tersebut berlangsung di Bangka Selatan, wilayah Bangka Belitung.
“Pada awalnya, kami agak terkejut melihat lokasi majlis kerana ia agak tidak sesuai. Apatah lagi kumpulan kami dikenali dengan tarian yang energetik."
“Namun, ketika masa berlalu, kami mula berasa selesa,” ujarnya.
Tambah Iwan, keadaan tanah yang mempunyai tebing dan kawasan majlis yang berada di tepi jalan utama menyebabkan pihak tuan rumah tidak mempunyai pilihan selain mendirikan pentas di situ.
“Sangat sukar untuk membuat susun atur pentas kerana keadaan tanah yang bertebing,” ujarnya.
Mengapa tidak menghadap (pentas) ke arah tepi sahaja.?Inilah yang dinamakan sambil membayangkan masa depan.
Catat Ulasan