Pulang Buku Selepas 51 Tahun


Seorang peminjam di sebuah perpustakaan negeri Pennsylvania memulangkan semula sebuah buku yang telah dipinjam selama 51 tahun.

Buku berjudul Lombardi: Winning is the Only Thing itu disunting oleh Jerry Kramer dan dipinjam oleh seorang lelaki pada 26 Julai 1973 tetapi hanya dikembalikan ke Perpustakaan Memorial Benson di Titusville, baru-baru ini.

“Walaupun kami tidak lagi mengenakan denda tertunggak sejak 2021, peminjam buku yang baik ini mengira jumlah denda yang sepatutnya, menambah kadar faedah dan mendermakannya kepada perpustakaan,” kata pihak perpustakaan itu.

Pengarah Eksekutif Perpustakaan Memorial Benson, Jessica Hilburn berkata, buku itu tidak akan dipinjamkan kepada bakal peminjam lain tetapi akan dipamerkan kepada orang awam.

“Sangat menyenangkan untuk berkongsi rasa cintanya (peminjam buku itu) terhadap perpustakaan." 

“Walaupun 51 tahun selepas meminjam buku terakhirnya, dia masih mengingati perpustakaan dan menghargai perkhidmatan yang kami berikan,” kata Hilburn.
 

0/komen