BAHAN-BAHAN:
250gm mentega | dibiarkan pada suhu bilik
450gm tepung gandum
2 sudu teh emplex
220gm gula ising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
150gm badam | dibakar seketika di dalam ketuhar
BAHAN SALUTAN:
450gm coklat masakan
1/2 sudu makan lemak sayuran
3 sudu makan badam cincang | dibakar seketika
Cawan kertas secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung gandum bersama emplex. Ketepikan seketika.
- Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati dan masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.
- Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
- Ambil sedikit doh dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang langkah sehingga habis adunan.
- Panaskan ketuhar pada suhu 170°C dan bakar biskut selama 20-25 minit.
- Untuk menyalut, panaskan coklat menggunakan tenik double boiler. Kemudian masukkan lemak sayuran, Kacau hingga sebati.
- Ambil biskut yang telah disejukkan tadi dan celupkan ke dalam coklat masakan.
- Kemudian masukkan ke dalam cawan kertas.
- Sudukan sedikit coklat ke dalam cawan kertas tadi dan taburkan badam cincang dengan secukupnya.
- Biarkan coklat mengeras dan bolehlah dinikmati.
Catat Ulasan