Bahan doh:
1 kg Tepung Gandum (sangai hingga ringan - ayak)
400 gram Minyak sapi Winmill Gheeblend (cairkan)
Bahan Inti :
500 gram kacang tanah tanpa kulit (bakar hingga kekuningan)
3 sudu besar peanut butter
3 sudu besar susu pekat (boleh juga gantikan dengan gula halus)
Bahan salut :
1 cawan gula (blend halus - ayak)
Jika suka boleh letak sedikit susu tepung
Cara Memasak
- Tepung gandum disangai hingga ringan kemudian diayak.
- Panaskan minyak sapi sehingga cair.Panaskan atas dapur dengan api perlahan
- Tuang minyak sapi kedalam tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh digentel. Untuk 1 tin 400 gram minyak sapi ni ada lebih lagi anggaran 3 sudu besar.
- Guna sudu metrik (1 sudu besar ) untuk sukat doh.
- Isi inti kacang dan bulatkan susun atas tray. Buat sehingga habis.
- Untuk inti kacang :Bakar kacang sehingga kekuningan dan berbau wangi. Angkat dan sejukkan. Kisar kasar sahaja.
- Masukkan peanut Butter dan susu pekat gaul sebati.Boleh juga gantikan dengan gula halus.
- Setelah siap isikan inti kacang bakar dengan suhu 170° c selama 15 -20 minit.Sejukkan sebelum disalut dengan gula halus.
- Blend gula sehingga halus-ayak. Campurkan dengan sedikit susu tepung jika suka. Tak letak pun takpe.. Baru rasa klasik
Catat Ulasan