Seorang wanita di Suffolk, England berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya mengeluarkan asap sebelum terbakar secara tiba-tiba.
Kejadian berlaku sekitar pukul 7.30 (pagi waktu tempatan) di sebuah persimpangan berhampiran Bury St Edmonds.
Emma Banner, 21, berkata, kereta jenama Audi itu meletup dan dijilat api kira-kira dua minit selepas dia keluar daripada kenderaan.
“Tiada sebarang isyarat atau lampu amaran dikeluarkan semasa memandu tetapi saya berasa pelik apabila tidak dapat memecut dengan laju. "
“Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat lalu memberhentikan kereta di tepi jalan."
“Saya berasa sangat bimbang dan menghubungi ibu saya sebelum melihat asap keluar dari bonet, jadi saya bergegas keluar dari kereta,” kata Emma.
Tambah Emma, dia ditemani seorang lelaki yang datang membantu sebelum perkhidmatan kecemasan tiba di tempat kejadian.
“Saya cukup bernasib baik kerana keluar dari kereta sebelum ia terbakar,” tambahnya
Catat Ulasan