
Tindakan pantas seorang pekerja stesen minyak memadamkan motosikal yang mula terbakar berjaya menyelamatkan kenderaan tersebut daripada hangus 100 peratus.
Menerusi video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) ini, kejadian berlaku pada 15 November lalu di sebuah stesen minyak di Jalan Mawai, Kota Tinggi, Johor.
Pada video ini, kelihatan seorang penunggang sedang memeriksa motosikalnya, manakala isteri bersama anaknya duduk menunggu lelaki berkenaan.
Sewaktu lelaki itu mahu menghidupkan motosikal tersebut, tidak semena-mena api keluar dan dia sedaya upaya memadamkan sendiri kebakaran.
Kejadian itu disedari pekerja stesen minyak itu yang segera berlari ke arah lelaki itu dengan membawa alat pemadam api sekali gus berjaya memadamkan kebakaran berkenaan.
Dalam pada itu, pekerja dikenali sebagai Azri turut menerima penghargaan daripada majikannya susulan tindakan pantasnya yang bukan sahaja mengelakkan motosikal itu hangus, bahkan menyelamatkan nyawa keluarga tersebut.
Pada ruangan komen, orang ramai turut memuji tindakan Azri selain bersimpati dengan keluarga tersebut susulan kebakaran pada motosikal itu.
Rasa sebak tengok video ni. Sebab tengok lelaki tu dengan isteri dan anak kecil dia. Nampak bersungguh padam api dengan tangan, mungkin motosikal tu saja dia ada untuk bergerak.
Catat Ulasan