Sebuah penerbangan Air Canada terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Halifax Stanfield selepas gear pendaratannya rosak kelmarin(waktu Malaysia).
Penerbangan Air Canada 2259 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa St.John sebelum mengalami masalah pendaratan pada pukul 9.30 pagi tadi(waktu Malaysia) yang mengakibatkan pesawat tergelincir dan kebakaran enjin.
Insiden itu mendorong tindakan pantas pasukan kecemasan bagi memastikan keselamatan penumpang dan kru.
Seorang penumpang, Nikki Valentine berkata tayar pesawat tidak keluar dengan sempurna semasa pendaratan.
“Pesawat itu senget ke kiri dan ketika itu, kami mendengar bunyi kuat seperti terhempas."
“Sayap pesawat bergeser dengan landasan bersama enjinnya,” kata Nikki.
Selepas pesawat mendarat, semua kru dan penumpang dibawa ke sebuah hangar untuk menjalani pemeriksaan perubatan.
Tiada kematian dilaporkan.
Catat Ulasan