Badan Turut Melayang


Seorang pelancong terjatuh daripada kereta api semasa bergayut pada pemegang pintu gerabak  untuk merakam swafoto semasa tren sedang bergerak.

Kejadian berlaku di Sri Lanka pada Sabtu lalu.Pelancong wanita dari China itu memegang pemegang pintu dengan keadaan badan dan kepalanya menjulur keluar.

Ketika kejadian, tren itu sedang bergerak laju, manakala aksi wanita berkenaan dirakam oleh seorang lelaki.

Secara tiba-tiba, kepala wanita itu mengenai dahan pokok, menyebabkan dia terjatuh daripada  kereta api.

Menurut laporan, kereta api tersebut berhenti di hentian seterusnya, manakala beberapa penumpang berlari ke arah wanita berkenaan untuk memeriksa keadaannya.

Mangsa tidak mengalami kecederaan serius kerana  jatuh di kawasan semak-samun
 

0/komen