Bitcoin Mencecah USD $106,000 ( RM 470,746 )

Nilai wang kripto Bitcoin meningkat ke USD$106,449 (~RM475,188)  hari  ini yang sekali lagi adalah yang tertinggi dalam sejarah. Namun begitu ia kembali turun ke sekitar USD$104,615 (~RM467,000) yang masih lagi lebih tinggi berbanding $97,000 yang dicatatkan Isnin lalu.

Nilai Bitcoin naik mendadak selepas kemenangan Donald Trump bulan lalu selepas terapung sekitar USD $76,000 / RM 337,516 sejak sekian lama. Polisi mesra kripto yang akan dilakukan oleh Trump apabila menjadi Presiden Amerika Syarikat menjadi pemangkin kepada peningkatan harga bukan sahaja Bitcoin tetapi juga mata wang kripto yang lain.

 

0/komen