Sepasang suami isteri di Britain terkejut dikenakan bayaran £618 (RM3,464) untuk dua makanan hotdog di sebuah pasar Krismas.
Laure Brumpton, 34, dan suaminya, Alan, 37, membeli makanan tersebut untuk dua anak mereka di pasar Krismas Nottingham.
Semasa melakukan pembayaran, pasangan itu terperanjat kerana caj yang dikenakan sangat mahal.
“Kos untuk dua hotdog melebihi £600 (RM3,363) dan bukan harga yang dijangkakan sekitar £18 (RM101),” kata mereka.
Peniaga tersebut segera memohon maaf. Menurutnya, berlaku kesilapan semasa dia menetapkan bayangan hidangan tersebut.
Peniaga sama mengatakan, bahawa bayaran berlebihan itu akan dipulangkan.
“Kami masih menunggu bayaran balik itu seminggu selepas kejadian,” tambah mereka,
Catat Ulasan