Harta Takkan Mengiringi Ke Kubur


Apabila tiba masanya kita menghadap Allah, segala harta, pangkat, dan jawatan tidak lagi bermakna. Apa yang benar-benar kita perlukan adalah doa daripada anak yang soleh. Sabda Rasulullah SAW: "Apabila mati seorang manusia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya" (HR Muslim).

Ramai ibu bapa terlalu fokus mendidik anak untuk berjaya di dunia. Mereka khuatir jika anak-anak tidak menjadi kaya atau tidak berjaya dalam kerjaya. Namun, apa yang sering terlepas pandang adalah didikan agama. Apabila anak telah mengecap kejayaan duniawi, ada yang terlupa tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa. Akibatnya, ibu bapa dihantar ke rumah orang tua tanpa ziarah, tanpa perhatian.

Mendidik anak dengan ilmu agama bukan sahaja membantu mereka hidup di dunia, malah ia menjadi bekalan berharga untuk ibu bapa di akhirat. Hantar anak ke sekolah yang belajar agama jua bukan dunia semata, ajarkan mereka al-Quran, latih mereka mendirikan solat. Dengan ilmu agama yang mantap, anak-anak akan lebih memahami tanggungjawab mereka terhadap Allah dan ibu bapa.


Harta dan dunia ini akan menyibukkan kita, tetapi ilmu agama akan menjaga kita. Sebagaimana yang disebut dalam hadis: "Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya" (HR Bukhari).

Doa anak yang soleh adalah bekalan yang akan terus mengalir pahalanya kepada kita. Amalkan doa ini untuk anak-anak:


Maksudnya: "Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mendidikku sewaktu kecil." (Surah Al-Isra', 17:24).

Maka, didiklah anak-anak agar mereka bukan sahaja berjaya di dunia, tetapi juga menjadi penyejuk mata di akhirat.

0/komen