Infinix secara rasminya melancarkan telefon baharunya iaitu SMART 9. Ia dikuasai oleh cip Mediatek Helio G81 yang bermakna sekadar menyokong rangkaian 4G. Selain itu mempunyai skrin sebesar 6.7″ dengan kadar segar semula 120Hz. Terdapat juga ciri Dynamic Bar yang berfungsi sama seperti Dynamic Island pada peranti iPhone untuk paparan maklumat yang berkaitan panggilan masuk, rakaman suara, sistem pengecasan dan imbasan wajah.
Infinix melengkapkan lagi telefon pintar dengan pilihan memori 4GB RAM (boleh dikembangkan hingga 4GB RAM secara maya), kamera utama 13MP dan bateri 5000mAh. Di samping turut dilengkapi pembesar suara stereo denga kebolehan kelantangan audio yang boleh dipertingkatkan sehingga 300% dan kalis air IP54. Harga jualan masih tidak diketahui buat masa ini namun dipercayai boleh ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat.
Catat Ulasan