Ingatlah Kematian Sebelum Terlambat


Setiap hari kita mendengar berita kematian. Mungkin hari ini giliran orang lain, tapi tidak mustahil esok giliran kita pula. Kematian itu pasti, namun persediaan kita sering kali terabai. Rasulullah SAW mengingatkan kita agar sentiasa mengingati mati kerana ia merupakan peringatan yang mampu melembutkan hati.

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda:
"Perbanyakkanlah mengingati pemutus segala kelazatan (yakni kematian)." (HR Tirmizi)

Berita kematian bukan hanya untuk orang lain, ia adalah isyarat bahawa kita juga tidak terkecuali. Sebagai hamba, kita disarankan untuk bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT pada setiap waktu. Kita tidak tahu bila malaikat maut akan datang menjemput, namun yang pasti, saat itu akan tiba.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran:

"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati." (Surah Al-Imran, 3:185)



Kita dianjurkan untuk mempersiapkan diri dengan amalan yang ikhlas, meninggalkan perkara-perkara yang mendekatkan kita kepada dosa, dan sentiasa memperbanyakkan doa dan istighfar. Antara doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ialah:


"Ya Allah, jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan bagiku dalam setiap kebaikan, dan jadikanlah kematian sebagai rehat bagiku daripada segala keburukan."

Mari kita sama-sama ingat, bahawa satu hari nanti, kita akan kembali kepada-Nya. Sebelum tiba waktu itu, manfaatkanlah setiap peluang untuk memohon maaf kepada sesama insan, menutup aib sesama kita, dan memperbanyakkan amal soleh. Semoga kita semua berada dalam rahmat dan keampunan Allah SWT.

0/komen