Jualan Payung Laku Keras


Orang Kota Bharu mula berpesta dengan berkumpul di kawasan pusat bandar bagi merasai sendiri pengalaman berada dalam situasi banjir.

Antara lokasi yang menjadi perhatian adalah di sekitar Tambatan Di Raja berhampiran Sungai Kelantan.

Lokasi tersebut sentiasa menjadi tumpuan penduduk Kota Bharu dan kawasan berhampiran untuk berkumpul beramai-ramai saban tahun disamping cuti hujung minggu.


Dalam pada itu, peluang bagi peniaga juga terbuka. Dalam kemeriahan ‘pesta air’ itu ada juga yang membuka meja untuk berniaga produk masing-masing.

Paling menjadi tumpuan adalah gerai menjual payung yang dilihat paling laku dalam keadaan cuaca ketika ini.

Orang ramai yang berada agak jauh daripada lokasi tersebut turut merasa keterujaan itu kerana ramai pengguna media sosial telah menghasilkan kandungan mereka secara langsung untuk tatapan ramai.

Tiap tahun ini la yang paling seronok, betul peniaga payung paling banyak untung, mereka memang bijak guna peluang yang ada.

0/komen