Keajaiban Doa Ibu: Rahsia Kejayaan Yang Tidak Terlihat


Setiap langkah kejayaan yang kita capai bukanlah semata-mata kerana usaha atau kepintaran kita, tetapi ada sesuatu yang lebih besar. Doa seorang ibu. Dalam keheningan malam, dalam diam yang tidak kita dengar, ibu memohon kepada Allah untuk kebahagiaan dan kejayaan kita. Tanpa doa ibu, mungkin kita takkan berada di tempat kita berdiri sekarang.

Allah SWT mengingatkan kita tentang pentingnya berbakti kepada ibu bapa dalam firman-Nya:

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya selama dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada-Ku lah kembalimu." (Surah Luqman, 31:14)


Betapa besarnya pengorbanan ibu yang tidak pernah meminta balasan. Rasulullah SAW juga bersabda, “Keridhaan Allah itu ada pada keridhaan orang tua, dan kemurkaan Allah ada pada kemurkaan orang tua.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Jadi, bagaimana kita boleh melupakan betapa besar peranan doa ibu dalam kehidupan kita? Jaga hubungan dengan ibu bapa kita, kerana doa mereka adalah pintu keberkatan. Usaha yang kita lakukan mungkin besar, tetapi doa seorang ibu jauh lebih kuat.



Berdoalah kepada Allah dan mohonlah keberkatan ibu kita. Ini doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk berdoa kepada kedua ibu bapa:


"Ya Tuhanku, ampunilah aku, kedua ibu bapaku, dan semua orang mukmin pada hari perhitungan nanti." (Surah Ibrahim, 14:41)

Kejayaan kita bukanlah kerana kita yang hebat, tetapi kerana ada yang mendoakan kita tanpa henti.

0/komen