
Perbuatan sekumpulan penduduk mengadakan perlumbaan kereta kuda di sebuah lebuh raya di India mengundang kecaman orang ramai.
Kejadian berlaku di Lebuh Raya Ekspres Timur, Mumbai pada Selasa lalu.
Menerusi rakaman ini menunjukkan beberapa ‘peserta’ menaiki kereta kuda pada kelajuan tinggi.
Lebih mengejutkan, mereka diiringi kumpulan penunggang motosikal yang hadir untuk menyokong dan meraikan peserta.
Menurut polis tempatan, siasatan awal mendapati perlumbaan yang berlangsung antara Ghatkopar hingga Mulund itu dianjurkan tanpa kebenaran.
“Pihak berkuasa sedang giat menjalankan siasatan,” tambah polis.
Sebilangan netizen juga menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan awam dan kekejaman haiwan akibat perlumbaan tersebut
Catat Ulasan