Kota Bharu Jadi ‘Waterpark’


Banjir yang melanda Kota Bharu dianggap seperti taman tema air apabila orang ramai mengambil kesempatan untuk ‘berpesta air’ di jalan yang dipenuhi air banjir.

Menerusi video ini, suasana banjir yang dilihat menyeronokkan ini menunjukkan orang ramai, terutamanya kanak-kanak, bermain air banjir.


Kalau orang lihat mesti akan cakap, kotornya. Tapi sebenarnya inilah yang paling seronok. Mandi di mana-mana pun kotor. Dalam taman tema air yang sebenar pun kotor, mesti ada yang kencing dalam tu secara diam-diam.

Namun, tidak semua orang melihat situasi ini dengan cara yang sama kerana air banjir boleh memudaratkan kesihatan.

Alahai seronok lihat budak-budak itu, tapi kena berhati-hati juga. Risau air banjir tu tercemar memudarakan kesihatan.
 

0/komen