Misi Menyelamat Budak Jatuh Perigi


Operasi menyelamat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terjatuh ke dalam sebuah perigi di Kotputli, India pada Isnin lalu memasuki hari keenam kelmarin.

Chetna jatuh ke dalam perigi itu pada kedalaman kira-kira 46 meter ketika dia bermain di ladang milik bapanya. 

Sebuah mesin cerucuk menggali sedalam 51 meter untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Dia terperangkap lebih 90 jam tanpa makanan atau air dan berada dalam keadaan sangat lemah serta tidak dapat bergerak di dalam perigi tersebut.

Anggota-anggota perkhidmatan kecemasan bertungkus lumus untuk mengeluarkan Chetna dan mereka memantaunya menggunakan kamera video serta membekalkannya oksigen melalui paip.

Ibu Chetna, Dhole Devi membuat rayuan dengan linangan air mata kepada pihak berkuasa semalam untuk menyelamatkan anaknya. 

“Bawalah anak perempuan saya keluar,” katanya.

Usaha menyelamat masih lagi berterusan. 
 

0/komen