Model kecerdasan buatan (AI) terkini Llama 3.2 telah diumumkan oleh Meta dengan ia bukan sahaja mempunyai jumlah parameter yang lebih besar tetapi turut mempunyai kemampuan memahami gambar dan hadir dalam versi yang boleh dijalankan terus pada sebuah peranti mudah alih.
Llama 3.2 hadir dalam versi 90B, 11B, 3B dan 1B. Llama 3.2 90B dan 11B ialah dua model yang paling berkuasa dengan ia dilatih menggunakan 90 bilion parameter. Ia adalah AI multimodal yang. memahami konteks gambar yang dimuat naik pengguna.
Llama 3.2 3B dan 1B adalah dua model yang hanya memahami teks sahaja pada ketika ini. Saiznya yang kecil membolehkannya dipasang dan dijalankan terus pada peranti mudah alih seperti telefon pintar. Meta mengatakan kedua-dua model kini sedia disokong pada cip keluaran Qualcomm dan MediaTek.
Catat Ulasan