Pencuri Motosikal Langgar Tembok


Seorang pencuri merempuh tembok di tepi jalan ketika dia cuba melarikan sebuah motorsikal.

Kejadian berlaku di Tanjung Priok, Jakarta Utara pada 5 Disember lalu.

Lelaki berkenaan pada awalnya cuba menghidupkan sebuah motosikal yang diparkir di hadapan pejabat sebuah syarikat.

Perbuatan itu bagaimanapun dilihat oleh orang ramai yang dengan pantas mengejarnya.

Pencuri terbabit cuba melarikan diri dengan menaiki motosikal tersebut, namun disebabkan panik, dia melanggar sebuah tembok lalu terjatuh.

Pelaku kemudian diserahkan kepada polis selepas dia ditangkap oleh orang ramai.
 

0/komen