
Sony telah mengumumkan penawaran konsol paling berkuasa mereka secara rasminya untuk pasaran tempatan, dinamakan PlayStation 5 Pro. Konsol ini telah dijual di Malaysia bermula 7 November 2024 yang lalu, pada harga RM3849.
PlayStation 5 Pro memfokuskan kepada sokongan GPU yang dinaik-taraf dengan sokongan perkomputeran 67% lebih baik berbanding PS5, selain memori 28% lebih pantas. Sony mengatakan secara keseluruhan ia menawarkan kadar render 45% lebih pantas ketika bermain, sekaligus membawa kepada pengalaman permainan lebih lancar dan menarik.
Disamping itu, sokongan Ray Tracing turut ditambah baik, selain turut menyertakan sokongan paparan resolusi tinggi yang dijayakan melalui penggunaan kecerdasan buatan. PS5 Pro juga menyertakan sokongan Game Boost yang membolehkan lebih 8500 permainan PS4 dimainkan terus melaluinya. Konsol ini juga turut menyokong pelbagai teknologi terkini, termasuk WiFi7 dan juga paparan 8K.
Catat Ulasan